Welcome to my blog, hope you enjoy reading :)
RSS

Saturday, September 17, 2011

TAK SIAPA TAHU...



Bibir sering kali mengukir senyuman...
di sebalik senyuman itu terlakar kelukaan....
kelukaan yang membawa diriku menjadi seorang yang trauma untuk...
bukan keinginanku...
ini semua pengalaman hidup...
perit yang ku lalui tak siapa yang tahu...
kecewa dengan kehidupan itu bukan kesudahannya...

Gelak tawa menerbitkan rasa bahagia...
tak siapa yang sedar terpalit tangisan bersamanya...
hilain tawa hanya untuk menutup rasa pilu...
masa lalu yang penuh dengan penyesalan...
tidak dapat ditinggalkan begitu sahaja...
membuat diri ini berada dalam ketakutan...
masih adakah ruang bahagia untukku...
terubatkah memori lalu dengan meninggalkannya jauh...
walau beribu batu ku lari...
bayangannya masih mengejarku...

menyesalkah aku dengan takdir ini...
meranakah aku hingga akhirnya...
keperitan hidup yang ku lalui...
mengajarku erti kesabaran...
mengajarku hikmah ketabahan...
mendidik menjadi seorang yang lebih kental...

Kerana akhirnya...
kesedaran timbul...
di sebaliknya terselit kebahagiaan...
tersepit keindahan yang mendamaikan...
ada hikmah yang pasti...
ini semua ketentuan Yang Maha Kuasa...
aku bersyukur kerana terpilih...
menghadapi ujian yang tak seberapa ini...

INDAHNYA CINTA....

KEKAYAAN,KEJAYAAN & CINTA

Suatu hari seorang wanita baru pulang ke rumahnya dan dia melihat ada tiga orang lelaki berjanggut berdiri di halaman. Setelah diamatinya, ternyata dia tidak mengenali siapakah lelaki-lelaki itu.

Lalu wanita itu berkata “ Aku tidak mengenal anda semua, tapi aku yakin yang anda semua pasti sedang lapar. Marilah ke dalam, rasanya aku ada sesuatu yang boleh dijadikan alas perut.
Salah seorang lelaki berjanggut itu bertanya pula kepada wanita itu, “Apakah suamimu sudah pulang?”
Wanita itu menjawab, “Belum, dia sedang keluar.”
“Oh… kalau begitu, kami tak ingin masuk,” balas lelaki-lelaki itu. “Kami akan menunggu sehingga suamimu kembali,” tambah mereka lagi.
Pada waktu senjanya, ketika keluarga itu berkumpul, si isteri menceritakan kejadian yang berlaku petang tadi. Si suami, awalnya agak bingung dengan kejadian ini, lalu berkata pada isterinya, “Sampaikan kepada mereka, aku telah kembali dan mereka semua boleh masuk untuk menikmati makam malam ini.”
Wanita itu kemudian keluar dan mengundang lelaki-lelaki tadi masuk.
“Maaf, kami semua tak boleh masuk bersama-sama,” kata salah lelaki itu.
“Kenapa?” tanya wanita itu kehairanan.
Salah seorang lagi berkata, “Nama dia Kejayaan,” katanya sambil menunjuk rakan disebelahnya. “Yang ini pula bernama Kejayaan,” tambahnya lagi sambil memegang bahu rakan yang seorang lagi.
“Manakala aku bernama Cinta. Sekarang, cuba tanya suamimu siapa di antara kami yang boleh masuk ke rumahmu.”
Wanita itu kembali masuk kedalam dan menyampaikan apa yang diberitahu oleh lelaki di luar itu. Suaminya pun berasa hairan sambil berfikir.
“Hmm… baiklah, kalau begitu, cuba ajak si Kekayaan masuk ke dalam. Aku ingin rumah ini penuh dengan kekayaan,” si suami membuat keputusan. Namun si isteri tidak bersetuju dengan pilihan itu.
Lalu dia berkata kepada suaminya, “Sayangku, kenapa kita tak undang si Kejayaan saja? Sebab nampaknya kita perlukan dia untiuk membantu meningkatkan hasil usaha kita.”
Dalam masa yang sama anak mereka terdengar perbualan itu. Dia pun turut menyusulkan siapa yang harus dipelawa masuk ke dalam rumah. “Bukankah lebih baik jika kita mengajak si Cinta yang masuk ke dalam? Rumah kita ini akan nyaman dan penuh dengan kehangatan cinta.”
Pasangan suami isteri itu setuju dengan pilihan anak kesayangan mereka. “Baiklah, ajak si Cinta ke dalam. Dan malam ini, si Cinta menjadi tetamui kita.”
Wanita itu kembali ke luar dan berkata kepada ketiga-tiga lelagi itu, “Siapakah di antara kamu bernama Cinta? Mari, silakan masuk,anda akan menjadi tetamu kami malam ini.”
Si Cinta bangun dan berjalan menuju ke beranda rumah. Namun ternyata dua lelaki yang lain turut bangun ikut serta.
Kerana berasa hairan dan ganjil dengan perlakuan mereka, wanita itu bertanya kepada si Kekayan dan si Kejayaan , “ Aku mengundang si Cinta yang masuk ke dalam, tapi kenapa kamu berdua ikut juga?”
Kedua lelaki itu menjawab serentak, “Jika anda mengundang si Kekayaan atau si Kejayaan, maka yang lain akan tinggal di luar, namun kerana anda mengundang si Cinta, maka ke mana pun Cinta pergi kami selalu ikut bersamanya..
Di mana ada Cinta, Kekayaan dan Kejayaan juga akan ikut serta. Sebab ketahuilah sebenarnya kami buta. Dan hanya Cinta yang boleh melihat. Hanya dia yang mampu menunjukkan kita pada jalan kebaikan, kepada jalan yang lurus. Maka, kami perlu bimbingannya saat berjalan. Saat kami menjalani hidup ini….”

OPSSS!!!SORY.....

assalam...
Kita sering kali melafazkan kata maaf jika melakukan kesalahan......
Tetapi kita sering kali mengulangi kesalahan yang sama berulang kali....

Kita tahu apa yang kita sedang lakukan adalah salah.....
Tetapi kita tidak berusaha untuk menghentikannya.....

Kita sering kali leka apabila melihat kekasih hati.....
tetapi kita tidak boleh berhenti melihatnya saat dia berada di hadapan kita...

Kita tahu memandang bukan ajnabi lama-lama adalah berdosa....
tetapi mengapa kita tidak menundukkan pandangan sahaja....

Kita sering membayangkan wajah yang tersayang....
Tetapi jarang sekali mengingati pencipta kita....

Kita sering mengucapkan kata-kata romantik kepada pasangan....
tetapi kita lupa untuk bertasbih mengingati yang Maha Kuasa...

Kita selalu menjaga tutur kata apabila bercakap dengan kekasih hati....
tetapi kita sering kali meninggikan suara apbila bercakap dengan bonda....


Tahu tak yang perasaan boleh berubah bila-bila masa sahaja....
sedar ke yang ayat ini tidak bermula dengan "kita" di depan??????

Dunia penuh dengan tipu muslihat...
Sekali tersilap langkah musnah segala-galanya...

Jangan biarkan nafsu yang mengawal diri...
Bagi la peluang sikit untuk akal berkuasa menjadi bos dalam diri kita...

Friday, September 16, 2011

LU PIKIR SENDIRI...

SALAM......
Baik???baiknya dia kan??
Baik salah,jahat pun x kena..habis apa yang kita mahu lagi???Tepuk dada,lu pikir sendiri(bak kata Nabil)huhuhu....
Orang selalu menilai kita dari luaran,tengok je orang baik sikit habis la dapat pujian melambung tinggi..eh,baiknya dia kan sopan lagi,cakap pun dengar tak dengar je,lembut suara dia...wowww!!!
Eleh,baik pe ke bendanya...saja nak tunjuk sopan depan orang je,nak tarik perhatian kononnya,pirrrah...HIPOKRIT!!!
Wahwahwah,siapa kita nak nilai orang sampai sebegitu rupa sekali?mana kita tahu dia baik ke jahat?diri sendiri entah apa-apa ada hati nak kritik orang.bak kata pepatah Melayu,cermin diri sendiri dulu...so,ape lagi?pergi la tengok cermin,hehehe..
Akhirnya,secara realiti dan kenyataan yang sepatutnya kita terima adalah.....muhasabah diri.;)
"jangan bangga denga jas&bardasi kerana pakaian terakhir kita adalah
'kain kafan'...
jangan bangga dengan mobil & motor kerana kenderaan kita yang terakhir
adalah 'keranda'...
jangan bangga dengan rumah & istanamu kerana tempat peristirehatan mu yang
terakhir adalah 'kubur'...
jangan bangga dengan kecantikan & ketampanan mu kerana akhirnya hanya menjadi
'santapan cacing tanah'..."

SETIAP MANUSIA TIDAK LEPAS DARI MELAKUKAN KESALAHAN...
MANUSIA JUGA SERING MENYESAL DENGAN KESALAHAN YANG MEREKA LAKUKAN...
TETAPI APA GUNA SEMUA PENYESALAN ITU??????
JIKA KITA SENDIRI TIDAK BERUSAHA UNTUK MENNGUBAHNYA,,,
KITA TIDAK PERLU MENUNGGU MASA YANG LAMA UNTUK BERUBAH & PERBAIKI KESALAHAN YANG LALU
CUKUP DENGAN MELAFAZKAN KATA-KATA 'MAAF' KEPADA MANUSIA...
MOHON KEAMPUNAN KEPADA YANG MAHA ESA,
HIDUP MATI KITA TIDAK SIAPA YANG TAHU...
MUNGKIN MENGAMBIL MASA SEMINIT LAGI UNTUK KITA BERADA DI DUNIA INI...
SEMUANYA TELAH DITETAPKAN...
KITA HANYA MENUNGGU SAAT IA TIBA SAHAJA...
BERSEDIAKAH KITA UNTUK MENGHADAPI HARI ITU???